Thursday, October 11, 2007
Bermaafan di Aidilfitri
Oleh NIDZAMUDDIN ZAKARIA
MAAF zahir dan batin adalah ungkapan yang begitu sinonim dengan sambutan Syawal yang mulia di samping ucapan Selamat Hari Raya. Bahkan Hari Lebaran ini bagaikan tidak sah dan hilang serinya kalau tiada budaya bermaaf-maafan.
Sebenarnya amalan bermaafan ini ada sandarannya dalam syarak dan ia amat berkait rapat dengan manifestasi fitrah atau kesucian daripada kotoran noda dan dosa, apatah lagi setelah sebulan kita beribadat dan bertaubat kepada Yang Esa. Cuma, itu hanya dosa kita dengan Allah. Bagaimana halnya pula dosa-dosa kita sesama manusia?
Justeru, cara terbaik adalah melalui bersalaman dan bermaafan sesama kita. Nabi Muhammad ada menganjurkan amalan mulia ini dengan saranannya: “Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin, lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa mereka berdua seperti gugurnya dedaun yang kering”. (riwayat Imam al-Tabarani).
Baginda juga bersabda: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah dan bagi seseorang yang sudi memaafkan dan merendah diri pula, tidaklah bertambah, melainkan kemuliaan dan ketinggian di sisi Allah. (riwayat Muslim)
Falsafah dan roh Syawal
Aidilfitri tampil dengan falsafah dan roh perdamaian sama ada dalam konteks rumah tangga, hubungan sanak saudara dan rakan taulan serta kaum Muslimin seluruhnya. Tidak kira di desa mahu pun di kota, semuanya menyambut Syawal mulia ini dengan wajah berseri-seri, hati yang girang dan tangan bersalaman mengucapkan Selamat Aidilfitri.
Hari Raya, inilah musim untuk kita melupakan sengketa lama dan kembali kepada pertimbangan akal yang sejahtera. Apalah gunanya bermusuhan dan berdendam lama-lama, lantaran ia tidak menguntungkan sesiapa sedangkan syurga itu milik hamba-hamba yang sering kasih mengasihi sesama mereka.
Justeru, hulurkanlah tangan sambil maaf dipinta, walau hakikatnya bukan kita yang memulakan sengketa. Itulah roh Aidilfitri yang mulia.
Hal ini bertepatan dengan pesanan Baginda kepada Uqbah bin Amir dengan sabdanya: “Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu”. (riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak).
Fadilat Memberi Kemaafan
Memberi kemaafan bukan bermaksud pengecut tetapi kemaafan ialah lambang ketinggian budi dan kemuliaan pekerti. Tegas baginda: “Barang siapa yang dapat mengekang kemarahannya sedangkan dia berkuasa melepaskannya, nescaya dia akan diseru di hari Kiamat sebagai para pembesar di Padang Mahsyar lalu diberi pilihan untuk mendapatkan yang mana satu bidadari yang disukainya”. (riwayat Ahmad).
Hal ini disokong oleh sepotong hadis lain, bermaksud: “Sesungguhnya dua orang Muslim itu apabila mereka berjumpa dan bersalaman serta melemparkan senyuman pada wajah sahabatnya, sedangkan mereka tidak melakukan semua itu melainkan kerana Allah, nescaya tidaklah berpisah kedua-duanya melainkan telah diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah”. (riwayat Abu Daud).
Silaturahim dan Aidilfitri
Hari Raya adalah kesempatan berharga untuk mempereratkan semula tali silaturahim sesama sanak saudara. Abdullah bin Abbas berpesan: “Jagalah nasab atau keturunanmu dengan memelihara silaturahim”. Ibnu Umar pula menyarankan: “Kenalilah saudara-maramu dan sambungkan silaturahimmu”.
Oleh itu, marilah kita tinggalkan kesibukan kerjaya kita sementara dan ziarahilah kaum kerabat dan sahabat handai, khususnya mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan ibu bapa kita sama ada yang masih hidup dan lebih-lebih lagi, yang telah tiada.
Justeru, amalan sesetengah orang yang lebih gemar berhari raya di hadapan televisyen atau menonton wayang merupakan amalan yang tidak selari dengan kehormatan dan falsafah Syawal itu sendiri. Serikanlah Hari Raya dengan amalan ziarah menziarahi. Rasulullah pernah bersabda: “Wajib kasih sayangku kepada orang-orang yang ziarah menziarahi keranaku”. (riwayat Ahmad).
Kepentingan Menjaga Silaturahim
Amalan menjaga silaturahim sebenarnya boleh membawa seseorang ke syurga. Abu Ayyub al-Ansari r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki bertemu Rasulullah bertanyakan tentang amalan yang memasukkannya ke dalam syurga dan menjauhkannya dari jurang neraka, lalu baginda menegaskan: Engkau menyembah Allah tanpa mensyirikkannya, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahimmu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam sepotong hadis Nabi yang dirakamkan Aishah r.a. menyebutkan: Rahim itu bergantung di arasy Tuhan sambil berkata; "Siapa yang menyambungku bakal disambung oleh Allah! Sesiapa yang memutuskanku bakal diputuskan Allah!. (riwayat Bukhari dan Muslim). Silaturahim juga merupakan salah satu sebab murah rezeki, keberkatan hidup dan panjang umur seseorang yang menjaganya. Hal ini dijelaskan Nabi: Barang siapa yang inginkan kemurahan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambungkan silaturahim. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Elemen Penguat Silaturahim
Ziarah menziarah yang diserikan sedekah atau pemberian ikhlas yang dihulurkan dilihat elemen yang dapat memperkukuhkan silaturahim sesama kita. Pemberian kuih dan duit raya bolehlah dikategorikan sebagai pemberian sedekah dan mampu menjadi elemen penguat silaturahim. Baginda bersabda: “Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci”. (riwayat Baihaqi).
Hadis lain turut menyebutkan: “Sesiapa yang menimbulkan kegembiraan di hati mana-mana penghuni rumah, nescaya Allah tidak meredai baginya melainkan diberikan padanya pemberian Syurga”. (riwayat al-Tabarani). Cuma, dalam isu duit raya secara khusus, maka ia bergantung kepada kemampuan si pemberi lantaran ia bukanlah suatu kemestian malah bukan kewajipan agama seperti zakat fitrah contohnya.
Seperkara lagi ialah duit raya ini perlukan pengurusan yang bijak oleh kanak-kanak berkenaan dengan dipantau oleh ibu bapa masing-masing. Jangan pula duit raya tersebut dihabiskan untuk pembakaran mercun dan bunga api pula, sedangkan duit itu lebih berguna untuk pendidikan dan masa depan mereka kelak. Apa yang diharapkan, Syawal yang mulia ini membawa seribu satu cahaya kegemilangan buat keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan kita bersama, lantaran itulah roh dan falsafah sebenar Aidilfitri yang dirai.
* NIDZAMUDDIN ZAKARIA ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Persoalan
Seks Dalam Keadaan Berbogel |
Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain | Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar | Download E-Book (Melayu) | Orgasma Tanpa Bersetubuh! | Video | Hukum Melancap? | bagaiman dengan mani wanita? | Air Mazi: najis, Jadi seks oral/blowjob hukumnya??? | Orang haidh kena buka lambat. Betulke? |
adab
|
Akahlak
|
al-quran
|
aliran sesat
|
amar ma'ruf nahi mungkar
< |
anak yatim
|
aqidah
|
aqiqah
|
Aurat
|
azan
|
Bersuci
|
bid'ah
|
dakwah
|
doa
|
ekonomi
|
ghaib
|
hadith
|
Haiwan
|
haji
|
harta
|
hiburan
|
Hubungan Lelaki Perempuan
|
hudud
|
ibu bapa
|
Jama' dan Qasar
|
Jenazah
|
jin
|
kanak-kanak
|
kebersihan
|
keluarga
|
Khunsa
|
korban
|
lelaki
|
Makanan
|
manhaj
|
Masjid
|
mazhab
|
muamalat
|
Najis
|
nazar
|
non muslim
|
Pakaian
|
pekerjaan
| perayaan
|
Perhiasan
|
Perkahwinan
|
perubatan
|
Poligami
|
Pondan
|
Puasa
|
qiamullail
|
qurban
|
Ramadhan
|
seks
|
Selawat
|
sembelihan
|
sirah
|
solat
|
solat jemaah
|
solat jumaat
|
solat sunat
|
sunnah
|
tafsir
|
taubat
|
tauhid
|
tazkiyah
|
ulama
|
Uncategorized
|
usul feqh
|
Wanita
|
wudhu
|
zakat
|
zikir
|
Zina
|
Sponsor
Tinta Permata
Kamus Istilah
Kenali dia menerusi tanda tangan
Rahsia membaca dengan berkesan
Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia
Teori Politik Islam
Sejarah dan masa depan perjuangan politik Islam di Malaysia
Jom Pakat-Pakat Hantar Artikel..
Pindah Lagi?
Kemahiran Yang Perlukan Keberanian
Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
Dari Hati Ke Hati
Demam Blog?
Jangan Dimalukan Oleh Budak Tadika
Bicara Ummi : Wahai Suamiku...Jua Isteriku...
Rezeki Melalui Perniagaan
Berhati-Hati Dengan Apa Yang Didengar
'AKUM' bahasa Yahudi?
Hidup Ilmu Dengan Muzakarah
Taman Ilmu Islam Telah Kembali
Hukum Menyentuh Perempuan
Taman Ilmu Islam Ditutup Sementara
Khabar dari Forum Taman Ilmu Islam
Berusahalah Menjadi 'Doktor'
Berusahalah Menjadi 'Doktor'
Kisah Harta Berkat Dan Laknat
Permusuhan Yang Tidak Pernah Padam.
Catatan Ringkas Berkenaan Isra' Dan Mikraj
Bicara Ummi : Anak Sebagai Ujian
Tambahan Menu Forum
Anda ialah apa yang anda inginkan.
Update Forum Taman Ilmu Islam..
Sibukkah Anda?
Artikel Menarik Di Forum Taman Ilmu Islam
Kepimpinan Rasulullah Di Medan Perang
Forum 'Taman Ilmu Islam'.
Dengan Nama Allah..
Aisar Enterprise
Pilihan
Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
5:36 PM
Rezeki Melalui Perniagaan
Berhati-Hati Dengan Apa Yang Didengar
SUKAN
|
RESEPI MASAKAN
|
No comments:
Post a Comment