
KUALA LUMPUR 11 Okt (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa mengingat umat Islam di negara ini yang akan menyambut perayaan Aidil Fitri pada 13 Oktober ini supaya tidak lari daripada konsep syariat dan ibadat.
ni kerana katanya, apa yang berlaku sekarang rata-rata masyarakat Islam khasnya menerusi media bercampur-aduk antara yang sewajar dengan yang tidak sewajarnya.
Image"Mereka menyambutnya ibadat sehingga bertukar menjadi mungkar dan maksiat," kataya semasa dihubungi Harakahdaily.
Oleh kerana itu, katanya sambutan tersebut tidak boleh lari daripada syariat kerana hari raya itu juga adalah ibadat.
Sambutannya pula katanya perlu bersifat sederhana dan tidak dibenarkan untuk berlebih-lebihan apa lagi berlaku pembaziran dalam dalam sambutan tersebut.
"Kadang-kadang saya lihat banyak berlaku pembaziran semasa sambutan begitu juga dengan kemasukan unsur-unsur hiburan yang tidak ada asal usul dalam agama.
Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan ia tidak bermakna tidak boleh bergembira sama sekali.
"Kita diminta untuk bergembira terutama dalam kerangka syarak dan Insya-Allah apa yang Allah sebut bahawa kita berpuasa untuk menjadi orang-orang yang bertakwa akan menjadi kenyataan," katanya.
Sementara itu beliau turut menasihati perantau-perantau yang akan pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya.
Ini katanya nahaa jalan raya yang berlaku setiap hari berpunca daripada sikap pengguna sendiri.
Pengguna katanya, perlu bijak menggunakan kemudahan yang ada khasnya yang berkaitan dengan pemanduan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini beliau akan beraya di Kedah dan beliau juga akan membaca khutbah raya di Markas PAS Pokok Sena, Kedah.
Katanya, pembacaan khutbah tersebut adalah program pertamanya selepas beliau berehat akibat masalah kesihatan yang dialami baru-baru ini.
Katanya, selepas beliau dimasukkan ke Hospital Serdang baru-baru ini kesihatannya bertambah baik.
"Alhamdulillah saya sudah makin sihat cuma batuk-batuk sikit sajalah.
"Dan di kesempatan ini juga saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin kepada umat Islam," katanya dengan penuh ceria. - mr
No comments:
Post a Comment