Thursday, October 11, 2007
Pasir Salak Resort tawar suasana tenang di desa
Hotel depan Sungai Perak jadi pusat pendidikan, ekonomi penduduk menerusi skim bekalan bahan mentah
PASIR Salak Resort (PSR) di Kampung Gajah, Perak adalah destinasi percutian yang menjanjikan kedamaian kerana di kelilingi perkampungan Melayu sekali gus dapat memenuhi cita rasa pengunjung terutama yang mahu melarikan diri daripada suasana keriuhan kota.
Dengan moto 'ketenangan anda keutamaan kami' memberikan keyakinan kepada pengunjung kerana PSR bukan saja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah malah menyediakan bilik penginapan berhawa dingin.
Bagi mereka yang suka mandi manda dan berendam, disediakan kolam renang dihiasi dengan air terjun buatan manusia untuk menambah kecerian.
Kawasan memancing sentiasa menjadi lokasi pilihan mereka yang menginap di PSR kerana kedudukannya hanya di hadapan resort menghadapi Sungai Perak yang mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar termasuk seluang, temoleh dan tamalian.
Setiap kaki pancing pasti tidak pulang dengan tangan kosong terutama pada musim seluang mudik, terutama selepas banjir.
Ketika itu juga tebing Sungai Perak (di luar kawasan resort) dibanjiri penduduk kerana berpesta mengail seluang menggunakan joran tradisional daripada buluh atau pelepah kabung bersaiz kecil dengan berumpankan cacing atau udang basah untuk memerangkap seluang yang mudik bertali arus.
Pengurus PSR, Khairul Nizam Mahmood, berkata PSR turut menyenaraikan aktiviti jelajah belantara untuk pengunjung menyaksikan panorama hutan dara yang dihiasi flora dan fauna rimba di samping mendengar sahutan penghuninya seperti burung kuak dan haiwan ungka di kawasan Bukit Tunggal.
Malah, mereka yang ingin berbasikal diberi kesempatan mengelilingi kampung sambil menyaksikan panorama Sungai Perak yang berliku dan kewujudan pulau di tengah-tengahnya menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan dan cetek terutama pada musim kemarau.
Aktiviti berbasikal diteruskan dan mereka akan dibawa minum petang di warung di kawasan kampung berhampiran PSR sekali gus mengalami pengalaman baru sambil menikmati kelazatan kuih tradisional termasuk kuih badak berendam dan limas.
Khairul Nizam berkata, sesuai dengan lokasi PSR yang terletak berhampiran kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS), pengunjung boleh ke pusat pengumpulan tinggalan sejarah penting negeri Perak itu untuk melihat lebih dekat kelengkapan Diraja Perak, peralatan pertanian tradisional dan koleksi senjata seperti pedang, keris dan tombak.
Katanya, kompleks itu juga memberi peluang pengunjung menyaksikan rentetan sejarah bermula Kerajaan Melayu Melaka sehingga ke zaman kemerdekaan tanah air diadun melalui diorama bertempat di Terowong Masa.
"Semua itu wujudkan atas daya usaha bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib bagi mengimbau dan merakam sejarah penting negara untuk tatapan dan kajian generasi kini dan akan datang.
"Kewujudan kompleks itu sebagai aset pelancongan sejarah yang mampu menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada PSR," katanya.
Sementara itu, Presiden PSR, Datuk Seri Dr Isahak Yeop Mohd Shar, berkata pihaknya memperkenalkan pakej kepada jabatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan seminar, persidangan, mesyuarat agung dan perkelahan dengan kos amat berpatutan di resort itu.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kemudahan termasuk peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti LCD di samping dewan dan bilik seminar berhawa dingin.
"Kami juga menyediakan surau, latihan luar termasuk lawatan, kursus pra-perkahwinan, motivasi pelajar dan urutan tradisional (urutan khas untuk wanita selepas bersalin).
"Kami mahu menjadikan PSR sebagai pusat pendidikan dan sosio-ekonomi penduduk luar bandar di samping resort itu menjadi pusat percutian dan tempat beristirahat," katanya sambil mengharap komen membina diperoleh daripada mereka yang pernah menjadi tetamu di resort itu untuk membaiki kelemahan.
Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli berkata, PSR memperkenalkan skim bantuan kepada penduduk melalui aktiviti menyediakan bekalan bahan mentah untuk keperluan resort.
Antaranya ayam kampung, ikan, ulam-ulaman segar, kuih tradisional dan nira nipah yang dijadikan minuman ringan untuk tetamu yang baru tiba di resort itu.
"Malah, kita menyediakan ruang pameran kraf tangan buatan tempatan seperti kraf daripada majalah dan surat khabar lama, labu tanah Kampung Tanjung Bidara.
"Semua produk kraf tangan yang dikeluarkan penduduk mempunyai mutu dan pembungkusan menarik untuk dijadikan cenderamata oleh pengunjung dan yang menginap di resort.
"Langkah ini antara ciri-ciri untuk mengembangkan skop PSR sekali gus mengangkat nama Pasir Salak sebagai destinasi pelancongan menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya.
Dr Isahak berkata, pelancong yang berkunjung ke daerah Kampung Gajah tidak lengkap jika tidak menginap di PSR. Untuk keterangan lanjut boleh dilayari website : www.pasirsalakresort.com atau talian 05-6318999 dan faksimili 056318997.
FAKTA: Pasir Salak Resort
# Dibina oleh kerajaan negeri ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak, kira-kira 10 tahun lalu.
# SPR mempunyai keluasan kira-kira lima hektar terletak di pinggir Sungai Perak.
# Kedudukan bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS)
# Menyediakan 50 chalet mengandungi 100 bilik berhawa dingin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Persoalan
Seks Dalam Keadaan Berbogel |
Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain | Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar | Download E-Book (Melayu) | Orgasma Tanpa Bersetubuh! | Video | Hukum Melancap? | bagaiman dengan mani wanita? | Air Mazi: najis, Jadi seks oral/blowjob hukumnya??? | Orang haidh kena buka lambat. Betulke? |
adab
|
Akahlak
|
al-quran
|
aliran sesat
|
amar ma'ruf nahi mungkar
< |
anak yatim
|
aqidah
|
aqiqah
|
Aurat
|
azan
|
Bersuci
|
bid'ah
|
dakwah
|
doa
|
ekonomi
|
ghaib
|
hadith
|
Haiwan
|
haji
|
harta
|
hiburan
|
Hubungan Lelaki Perempuan
|
hudud
|
ibu bapa
|
Jama' dan Qasar
|
Jenazah
|
jin
|
kanak-kanak
|
kebersihan
|
keluarga
|
Khunsa
|
korban
|
lelaki
|
Makanan
|
manhaj
|
Masjid
|
mazhab
|
muamalat
|
Najis
|
nazar
|
non muslim
|
Pakaian
|
pekerjaan
| perayaan
|
Perhiasan
|
Perkahwinan
|
perubatan
|
Poligami
|
Pondan
|
Puasa
|
qiamullail
|
qurban
|
Ramadhan
|
seks
|
Selawat
|
sembelihan
|
sirah
|
solat
|
solat jemaah
|
solat jumaat
|
solat sunat
|
sunnah
|
tafsir
|
taubat
|
tauhid
|
tazkiyah
|
ulama
|
Uncategorized
|
usul feqh
|
Wanita
|
wudhu
|
zakat
|
zikir
|
Zina
|
Sponsor
Tinta Permata
Kamus Istilah
Kenali dia menerusi tanda tangan
Rahsia membaca dengan berkesan
Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia
Teori Politik Islam
Sejarah dan masa depan perjuangan politik Islam di Malaysia
Jom Pakat-Pakat Hantar Artikel..
Pindah Lagi?
Kemahiran Yang Perlukan Keberanian
Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
Dari Hati Ke Hati
Demam Blog?
Jangan Dimalukan Oleh Budak Tadika
Bicara Ummi : Wahai Suamiku...Jua Isteriku...
Rezeki Melalui Perniagaan
Berhati-Hati Dengan Apa Yang Didengar
'AKUM' bahasa Yahudi?
Hidup Ilmu Dengan Muzakarah
Taman Ilmu Islam Telah Kembali
Hukum Menyentuh Perempuan
Taman Ilmu Islam Ditutup Sementara
Khabar dari Forum Taman Ilmu Islam
Berusahalah Menjadi 'Doktor'
Berusahalah Menjadi 'Doktor'
Kisah Harta Berkat Dan Laknat
Permusuhan Yang Tidak Pernah Padam.
Catatan Ringkas Berkenaan Isra' Dan Mikraj
Bicara Ummi : Anak Sebagai Ujian
Tambahan Menu Forum
Anda ialah apa yang anda inginkan.
Update Forum Taman Ilmu Islam..
Sibukkah Anda?
Artikel Menarik Di Forum Taman Ilmu Islam
Kepimpinan Rasulullah Di Medan Perang
Forum 'Taman Ilmu Islam'.
Dengan Nama Allah..
Aisar Enterprise
Pilihan
Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
5:36 PM
Rezeki Melalui Perniagaan
Berhati-Hati Dengan Apa Yang Didengar
SUKAN
|
RESEPI MASAKAN
|
No comments:
Post a Comment