Namun kemeriahan awal Syawal sepatutnya dihiasi dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT ataupun sekurang-kurangnya mengingati-Nya melalui amalan bertakbir, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
Antara perkara utama yang perlu diambil kesempatan ketika sambutan Aidilfitri adalah menziarahi saudara mara dan sahabat handai. Dengan amalan ziarah, ia mampu memupuk semangat ukhuwah dan persaudaraan sesama umat Islam.
Namun kemeriahan awal Syawal sepatutnya dihiasi dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT ataupun sekurang-kurangnya mengingati-Nya melalui amalan bertakbir, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
Tetapi apa yang dapat disaksikan pada hari ini, kebanyakan umat Islam menyambutnya dengan pelbagai rancangan televisyen yang mencemarkan kemuliaan Aidilfitri.
Ia bukan sahaja tercemar, malah merosakkan gambaran sambutan hari raya dengan maksiat kepada Allah, seolah-olah tarbiah tazkirah sebulan pada Ramadan lalu tidak berkesan; ia hanya masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri.
Apa yang pasti, bekalan pahala yang diperolehi menjadi sia-sia hanya kerana menonton wayang atau filem-filem yang tidak bersifat Islamik, sama ada rancangan hiburan, drama dan lain-lain yang mengheret penonton untuk duduk berjam-jam di hadapan kaca tv.
Akhirnya maksud Aidilfitri iaitu kembali kepada fitrah setelah menjalani proses peribadatan sebulan di bulan Ramadan hancur berkecai bagaikan debu yang berterbangan.
No comments:
Post a Comment